Pegangan emas IMF Rizab_emas

Pada Jun 2009, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memegang emas sebanyak 3,217 tan (103.4 juta auns),[3][4] satu nilai yang malar selama beberapa tahun. Pada musim luruh 2009, IMF mengumumkan bahawa ia akan menjual satu pertiga pegangannya, iaitu maksimum 12,965,649 auns Troy halus (403.3 tan) berasaskan model pendapatan baru yang dipersetujui pada April 2008, kemudian mengumumkan penjualan 200 tan kepada India,[5] 10 tan kepada Sri Lanka,[6] 10 tan kepada Bank Pusat Bangladesh pada September 2010, dan 2 tan kepada BankMauritius.[7] Penjualan emas ini dilakukan secara berperingkat pada harga pasaran yang lazim.

IMF mengekalkan nilai buku dalaman emasnya yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran. Pada tahun 2000, nilai buku ini adalah HPK 35, atau sekitar AS$47 seauns Troy.[8] Cubaan untuk menilaikan semula rizab emas kepada nilai semasa ditentang atas pelbagai sebab. Misalnya, Kanada menentang cadangan menilaikan semula rizab kerana ini akan memulakan penjualan emas kepada pasaran terbuka, maka melesetkan harga emas.[9]

Rujukan

WikiPedia: Rizab_emas http://www.bullionvault.com/audit.doDaily http://www.centralfund.com/Nav%20Form.htm http://www.goldholdings.com/gold/holdings-by-compa... http://us.ishares.com/product_info/fund/overview/I... http://www.kitco.com/reports/Goldessential_oct0620... http://www.spdrgoldshares.com/ http://www.spdrgoldshares.com/inc/Barlist.pdf http://www.zerohedge.com/article/secret-iran-gold-... http://dollardaze.org/blog/?post_id=00479&cat_id=2... http://www.research.gold.org/reserve_asset/